Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada UltraSel, Selangor yang memberi sokongan kepada pemainpemain Selangor. Walaupun apa keputusan untuk malam ini, anda semua tetap 'legend' dalam bola sepak Malaysia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor yang telah berjaya dengan kemenangan pada malam ini.
Untuk makluman anda semua, barubaru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju. Saya tidak payah menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak Johor. Saya tidak payah menjadi Royal Patron untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua untuk memajukan bola sepak Johor.
Ikrar saya berjanji di hadapan Bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri. Muafakat itu berkat, jangan lupa Allah peliharakan Sultan. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Hari Raya kepada semua.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
JDT TV : Official JOHOR Darul Ta'zim Football Team Online Broadcaster
Website: http://johorsoutherntigers.com.my
Official FB: / johorsoutherntigers.com.my
Twitter: / officialjohor
Instagram: / officialjohor