How to get free YouTube subscribers, likes and views?
Get Free YouTube Subscribers, Views and Likes

RAKYAT TERUJA MELIHAT SULTAN JOHOR DI BAZAAR RAMADAN AYER HITAM

Follow
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pengunjung Bazaar Ramadan Ayer Hitam bagaikan tidak percaya melihat kehadiran DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa hari ini (22 Mei).

Tuanku Sultan Ibrahim yang tiba pada jam 5 petang meluangkan masa hampir 1 jam melawat gerai-gerai makanan di Bazaar itu, sambil beramah-mesra bersama peniaga-peniaga.

Baginda membeli pelbagai juadah yang dijual oleh setiap peniaga di situ.

Sudah menjadi kebiasaan Tuanku Sultan Ibrahim pada bulan puasa untuk melawat bazaar-bazaar Ramadan di daerah-daerah di Johor, selain meluangkan masa menemui rakyat jelata.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Baginda yang sememangnya sentiasa dekat di hati Bangsa Johor.

#sultanjohor
#royalpressoffice

posted by Soncinakw