Kestabilan Negara harus menjadi keutamaan dalam konteks peralihan kuasa yang perlu kepimpinan yang teratur dan pemimpin yang menggantikan mesti berpengalaman, kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa.
Beliau melihat dua pemimpin paling senior daripada kalangan orang Melayu iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keduaduanya adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
"Proses peralihan kuasa mesti teratur kepada pemimpin paling berpengalaman untuk mengendalikan negara. Sudah tentu paling senior ialah Anwar dan Muhyiddin tapi asasnya adalah sinergi," katanya dalam satu wawancara dengan Sinar Harian barubaru ini.
Beliau mencadangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri, seorang pemimpin Melayu daripada parti bukan KEADILAN diambil sebagai gandingan untuk timbal balas kesudian Tun Dr Mahathir mengambil pemimpin bukan daripada BERSATU untuk menjadi Timbalan Perdana Menterinya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
"Saya mencadangkan, ambil Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu iaitu Muhyiddin," ujarnya.
Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia.
Facebook : / jomchannelon. .
Youtube : / jomchannel
Twitter : / jomchannel
Website : https://jomchannel.tv/
#HusamMusa
#AnwarIbrahim
#TimbalanPerdanaMenteri
#RentasanBerita
#JomChannel
#SidangParlimen2019