Mengisahkan tentang Jannah menjadi sumber inspirasi wanitawanita kerana kejayaan perniagaannya dan mempunyai keluarga yang bahagia. Sehinggalah, Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks seorang wanita misteri di telefon bimbit suaminya. Tetapi Jannah tetap bersangka baik pada Reza. Jannah tidak menyangka Liza, adik kenalan lamanya sebenarnya adalah wanita misteri tersebut yang kini mempunyai hubungan intim dengan suaminya. Liza sudah dianggap seperti adiknya sendiri tergamak mengkhianatinya. Liza yang baru mendapat tahu Reza adalah suami kepada Jannah tetap mahu meneruskan hubungan dengan Reza.
Hubungan Jannah dan Reza mulai retak, namum mereka masih berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka. Reza cuba menjauhi Liza. Namun, Liza terlalu mencintai Reza dan
mencuba pelbagai helah sehingga berjaya membuatkan Reza dan Jannah berpisah. Liza menuntut Reza segera menikahinya. Namun, Reza pergi meninggalkan Liza dan menghilang, entah ke mana. Beberapa tahun kemudian, Reza kembali menemui Jannah.
Pengampunan Jannah kemudian membuat Reza hidup kembali. Reza berusaha untuk merujuk Jannah kembali. Akhirnya Jannah menerima Reza semula.