Lambakan warga asing di Malaysia bukan sesuatu yang baru lagi. Malah, barubaru ini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mengalualukan rakyat Bangladesh untuk membuat permohonan dalam program 'Malaysia Rumah Keduaku'.
Kenyataan itu telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan masyarakat termasuklah rasa bimbang dan marah dengan kehadiran warga negara Bangladesh yang semakin ramai di Malaysia.
Seharusnya, program ini mampu menarik lebih ramai ekspatriat dari negara yang terbukti sumbangan mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan juga pelaburan untuk mendiami Malaysia. CARI